Saturday, July 06, 2013

Aduhai potluck ~~~ cooking + experimenting..

Bismillahirahmanirrahim..

^_^

Mood nak mencuba-cuba resepi sedang 'on' ..hehe tak tau la angin apa sedang melanda diri sekarang, akhir-akhir ni  jari - jari ni rajin sangat membelek-belek buku resepi ( 1 Hari 1 Resepi _365 resepi Istimewa Chef Hanieliza)...tapi yang pastinya baru berapa je resepi aku try heheh..tu pun tak semua ikut resepi, cuma nak pastikan bahan- bahan je..yang lain versi campak-campak dan hentam je hohoho ^^V 

Sekarang ni pulak mood nak cuba-cuba buat desserts pulak..and my favourite one is pudding ^_^

Nak dijadikan cerita alkisahnya bermula begini~~~ kakak2 dan abang2 kat sekolah tempat aku mengajar tu suka buat makan-makan..ala-ala potluck tu..lagipun kami semua ni golongan minoriti kat sekolah tu, lebih kurang 15 orang je yang sama agama dan bangsa dengan aku..( Cikgu + Ustaz = 7 orang, Kakak + Abang kat ofis = 8 orang) tu pun kami tak selalu jumpa..sebab semua duk lain-lain bangunan. Sebagai golongan minoriti, bab nak makan tu susah sikit..sebab kantin sekolah tak menjual makanan yang betul-betul kami yakin halal (erk..aku tak pernah nampak la makcik kantin jual 'benda tu'...tapi kalau was-was tu ada..baik jangan makan betul tak? ). Kena rajin sikit la bawak bekal sendiri..tapi selalunya aku makan biskut atau roti je..sekali-sekala ada jugak orang2 ofis tolong belikan makanan..aduhai nak masak sendiri tak sempat..6.30 pagi aku dah gerak nak pergi sekolah ..(huhuhu..Ma aku cakap ni alasan orang malas.~"kenapa tak masak siap2 malam tu..pagi panaskan je la"~ ) sigh..

Opss panjang pulak mukaddimah cerita hehe..kakak2 dan abang2 aku kat sekolah tu selalu la plan buat makan-makan..siap ada job list lagi..maksudnya..setiap orang dari kami (yang 15 orang ni..ada tugas dah nak kena bawak makanan apa.) masa mula-mula aku mengajar dulu..tugas aku bawak buah-buahan je..hehe sebab masa tu aku baru pindah rumah, mana ada apa2 pun...pastu aku kena buat rendang, aduh aku  mana pernah buat..(padan muka tak pernah belajar ngan Ma..adik aku pun tau buat !)..kemudian aku mintak tukar hehe..aku bawak biskut raya, kebetulan tu jamuan untuk hari raya jugak..dan yang paling tak boleh diterima dek akal, ada sekali tu..diorang mintak aku buat solok lada ! (lada hijau yang berintikan isi ikan dan kelapa tu.. ) sebab 'tema potluck' time tu masakan kampung ala-ala pantai timur gitu..aduh satu masalah lagi!~ ni Ma aku pun tak pernah buat.~~~ 

Jadi aku merayu-rayu  la minta tukar, akhirnya abang ofis aku yang baik hati dan sangat pandai masak tu cakap, "tukar ngan Abg Zani je la..Wani buat ikan celup tepung" fuhhhh legaaaa aku...aku pun buat la ikan celup tepung tu..dan rajin-rajin pulak pergi buat ayam goreng kunyit potong comel kecil- kecil sekali...dan...yang paling tak tahan, ayam tu termasin la pulak..hahaha tak habis-habis lepas tu diorang duk usik aku, kalau masakan tu termasin..orang tua-tua cakap tak lama lagi dah nak kawin ~ Uh..teori apa la tu! pastinya tak la..:(

Hari Isnin ni nak buat makan -makan lagi..sempena dah hampir bulan puasa kan..Erk..aku ni orang yang paling risau kalau kakak2 dan abang2 aku dah buka mulut cakap nak buat makan-makan!..memang aku biasa masak..tapi untuk makan sendiri dan famili ja..tu pun tau masak yang simple-simple..tapi kalau untuk orang luar..tak berani..selera kita kan tak sama. Jadi, kali ni aku awal-awal lagi cakap tolong la jangan bagi aku yang susah-susah hehe..then, at the end..after discussed, I decided to try make some puddings.. : )

Panjang- panjang cerita..sebenarnya pointnya..cuma nak bagitahu yang aku nak cuba buat puding je hohoho :P
hmm dalam kepala sekarang ni tengah berkira-kira nak buat puding jagung dan puding milo lapis oreo..bahan-bahan dah ada, cuma oreo je belum beli..aduh tak tau jadi ke tak ni...kita "try an error'' la dulu heheh..go Wani ! go ! hehe *_^


~ a stress therapy~  
credit to : Google images

Wednesday, June 12, 2013

..meniti ujian..

















Ujian..
ia mendidik kita untuk menyabarkan hati..
mengajar kita merenungi diri..
membuatkan kita lebih menghargai..
sesiapa jua di sisi saat ujian menghampiri..

Ujian..
ia tanda TUHAN menyayangi..
agar kita dapat kembali memperbaiki..
Tidak akan DIA biarkan kita terus hanyut melampaui..
dalam menikmati nikmat sehari-hari..

Syukur di atas segala ujian ini...
kerana kasih sayangMU yang melimpahi semakin ku rasai..


Alhamdulillah :)
wns
28/4/2013
















Credit images to Mr Google and the uploaders ^^V




Saturday, May 18, 2013

Rapuh dalam takdirNYA..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kembali lagi aku ke sini : ) sebelum ni kerap berjalan - jalan di blog orang lain..mencari 'sesuatu' untuk direnungi..bukan tak ingin meninggalkan jejak di laman sendiri, tapi dalam banyak kisah yang berlaku, aku lebih selesa 'menulis' tetapi  tidak mempamerkannya di sini..

Pada saat ini aku hanya ingin meninggalkan jejak persahabatan aku di sini..menyimpan segala kenangan yang pernah bertamu..Setelah sekian lama aku bersahabat dengan 'dia'..usia persahabatan yang hampir 9 tahun turut 'dewasa' bersama-sama kami..akhirnya tersimpul setakat ini..ikatan itu tidak mungkin terlerai..tapi tidak mungkin 'tegang' kembali..biarlah ia renggang dan tersimpul di sini..aku bersahabat dengan dia kerana ALLAH..dan aku memilih keputusan ini juga kerana ALLAH..kerana aku takut aku akan tersasar lebih jauh..

Sangat perit..pedih..hanya itu kata-kata yang dapat menggambarkan rasa hati ini...terlalu sedih kerana terpaksa membuat keputusan ini..tidak pernah terlintas di hati kecil ku yang aku akan memilih jalan ini..benar kata seorang penulis, ''tiada istilah sahabat baik bagi seorang lelaki dan perempuan..kerana pastinya akan wujud perasaan lain''....benar..dan kerana 'perasaan' itu juga lah persahabatan kami terkubur..

Setelah aku berfikir dan merenung kembali setiap yang berlaku..sebenarnya tiada istilah siapa yang bersalah..masalah mula timbul bila emosi dan perasaanku melangkau akalku dalam menilai..walau berat untuk dia terima keputusan ini..aku hanya mampu mendoakan yang terbaik..Walaupun aku sangat merasai kehilangan ini..kerana dia lah sahabat ku yang paling baik..dan sentiasa ada tika suka dan dukaku..hidup aku selepas ini mungkin 'kosong'..namun InshaALLAH aku akan cuba lalui takdir ini..

                                                ''the beginning is always be the hardest part"

     "ALLAH tidak akan membebani hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu dipikul hambaNYA"  :)

Yang berlalu biarkan berlalu..aku hanya berharap ALLAH pinjamkan aku kekuatan dalam aku melalui takdirNYA..terasa berat ujian ini..namun aku redha kerana  ia mungkin kifarah di atas segala dosa-dosaku..ALLAH ingin aku lebih dekat denganNYA..walau di luar aku mampu tersenyum dan ketawa..tapi hakikatnya aku sangat rapuh..rapuh segala-galanya..hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menyayangi...semoga aku ditetapkan iman..

..in memoir..
...cukuplah hanya ALLAH bagi diriku...syukur dan bersangka baiklah dengan ujianNYA

Monday, October 22, 2012

Sukan dan Kita ~

Bismillahirahmanirrahim..

Setelah lama tak menulis di ruang blog yang dah lama berhabuk ni..hari ni tergerak tangan nak menulis.. Rata-rata kini semua orang pun duk berceloteh pasal sukan..baik di radio,di muka tv, dada-dada akhbar, majalah, laman-laman sosial seperti  blog, pencicip (twitter^^V) dan muka buku a.k.a facebook =)..pagi tadi tengok MHI pun cerita pasal sukan, dengar HOTfm pun topik pagi adalah pasal sukan, pendek kata di mana-mana la..semua orang pun duk cerita pasal sukan..dek kepanasan berita kecemerlangan atlit atau pemain kita di pentas antarabangsa atau pun tempatan.Jadi hari ni saya pun nak kongsi la pasal sukan..lebih-lebih lagi hari ni tak mengajar, sekolah saya cuti peristiwa sempena hari sukan semalam..hahaha sukan lagi. Masa zaman kanak-kanak ribena a.k.a zaman sekolah dulu, saya memang bukan orang yang kaki sukan, serius memang tak pandai apa pun..kononnya dulu rasa kerdil dengan saiz badan ku yang sememangya kerdil ni, rasa tak layak untuk semua sukan,saya tau masuk acara larian ja..sampai masuk IPG dan dah mengajar ni pun tetap kena masuk acara larian..secara paksa atau rela :P..kalau pun tak menang, tapi at least dapat la jugak menyumbang satu dua mata untuk rumah sukan..erk ayat cover line menutup kekalahan hehe^^v.

Minggu ni dah tentu sekali cerita yang menjadi topik perbualan kebanyakan orang adalah perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di antara pasukan Kelate dan ATM yang berkesudahan piala tu di bawa pulang ke tanah air ku Kelate, dengan kejuaraan 3-2 :) walaupun saya sekadar menonton seorang diri di rumah, kehangatan perlawanan tetap terasa..mungkin ini the best final yang pernah saya tengok kot. tapi sekadar tengok kat tv je la. Kedua-dua pasukan memang give their best performances, ibarat buku bertemu ruas la..thumbs up to them V_V. Menang dan kalah kan memang dah rencah pertandingan..kalau semua nak menang macam mana tu..nak kena potong dua ke piala tu?? :D

Selain sukan bola sepak, tentu sekali berita yang hangat kini adalah kemenangan tempat ke-2 penunggang Negara, Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan Moto3 dan Hafizh Syahrin,tempat ke-4 dalam acara Moto2..secara jujurnya saya tak begitu mengikuti perkembangan sukan ini..sekadar pernah tengok kat tv tapi tak tau apa-apa pun !_! namun pastinya kejayaan mereka dalam Kejuaraan GP Motosikal Malaysia ini wajar dibanggakan..apatah lagi Zulfahmi adalah penunggang pertama Negara kita yang berjaya menjejaki podium kejuaraan..tahniah! =) jadi pada mat-mat rempit kat luar sana, baiklah pergi litar Sepang atau mana-mana litar, "training" habis -habisan untuk masuk MotoGP ni, daripada merempit tak tentu hala, habiskan minyak motor dan duit ja..tapi tak dapat apa-apa..kalau masuk MotoGP, mungkin dapat juga medal untuk gantung kat dinding rumah korang..ya tak? ~_v

Sekadar menyebut beberapa lagi kemenangan dalam arena sukan, tentu sekali salah satunya adalah kemenangan Datuk Lee Chong Wei (LCW) dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark awal pagi tadi (22/10). Berdasarkan sumber yang saya baca, kali terakhir Datuk LCW menang dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2005 dan tahun lepas dapat second place. Kemenangan ni diharap dapat la menebus kekecewaan Datuk LCW dalam merebut gelaran juara sukan Olimpik yang lepas tu dan tentu sekali ini adalah hadiah perkahwinan yang berharga buat LCW. Tahniah dan selamat pengantin baru LCW !! (errk..macam la LCW baca blog ni :P) Tak lupa juga kejayaan skuad bola sepak Negara bawah-21 tahun, dengarnya memperoleh tahkta juara dalam VFF Newspaper Cup di Vietnam.tahniah dan tahniah lagi =) Fuh banyaknya rezeki arena sukan tahun ni..banyak lagi nak cerita tapi rasa macam dah jadi editor ruang sukan kat surat khabar la pulak..hahaha perasan jap =P

Walau apa pun..seperti yang saya perkatakan tadi..menang kalah rencah pertandingan, yang penting semangat kesukanan dan berjuang tu mesti ada..sama dalam hidup kita juga, walau pun kita bukan atlit yang berpeluang mengharumkan nama Negara, kita patut pinjam sedikit semangat atlit -atlit atau pemain -pemain ni..dalam kita berusaha mencari dan melakukan yang terbaik dalam hidup..baik dari segi ibadah, peribadi  mahu pun kerjaya..sebab kejayaan tak datang bergolek macam bola sepak tu. Nak tak nak kena cekal berusaha, tak dapat harumkan nama Negara, dapat harumkan rumah sendiri dengan kebaikan pun jadi la hehe ^^.

(credit image to Mr Google)


                       A part from that, berbalik pada hal sukan tadi, harap semua atlit dalam acara sukan apa sekalipun tidak melupakan sokongan para penyokong yang turut setia di belakang mereka =) sokongan padu yang kelihatan paling ketara sekali tentunya dalam sukan bola sepak.. contohnya kelab penyokong The Red Warrior (TRW), penyokong setia pasukan Kelate..opps maaf saya terpaksa  'menginterframekan' negeri sendiri sekali lagi ^^.
Setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Kelate, TRW tegar membentuk lautan di stadium..sokongan tak berbelah bahagi ini sekaligus membuktikan tanpa penyokong..siapa la atlit atau pemain kita. Ibarat tanpa tiang roboh la bangunan..tanpa tulang longlai la badan..betul ke? eh dah macam Karam Singh Walia la pulak^^ okeh, sekian dahulu untuk kali ini..tak tau bila lagi la datang kerajinan nak menulis kembali..till then, Wassalam.

Wednesday, September 21, 2011

:Seorang Dia:

Kepingin seorang dia
mengajar tulis baca
walau di ceruk desa
walau di hati bandaraya.
Kepingin seorang dia
mengajak minda muda mencerna
mengira, mentafsir, merungkai kata
apa sahaja terbentang pada tulis, pada lisan, pada nyata.
Kepingin seorang dia
membantu tunai hasrat cita-cita
seorang anak kecil di pinggir bukit sana
berminda terbuka, tipis wang sayangnya.
Kepingin seorang dia
membanting tulang demi ayah bonda
memperkasa jiwa tidak kira bangsa
berkongsi ilmu tanpa dipinta
berbuat apa sahaja demi Yang Maha Kuasa.

WanNursyazwani Wan Mohd Azmuddin
Tuaran , 14-09-11@3.25pm

Saturday, June 18, 2011

Merentas episod baru,,mensyukuri kehidupan. =)

Bismilllahirahmanirahim...

Tak sangka dah lama ye blog ni tak dikemaskini kan..last 'post' tahun 2009, huhu lama tu dah setahun brlalu..dan sepanjang tahun 2010, banyak perkara telah berlaku..yang telah mengubah seseorang yang bernama Syazwani ini..hehe ^_V

Setelah sekian lama akhirnya menjenguk kembali saya di sini..kekangan masa dan keadaan menjadikan rutin dahulu lama saya tinggal huhu..emm sedar tak sedar sudah banyak perubahan terlukis dalam kanvas hidup saya..banyak hal yang saya tak pernah rancang terjadi..dulu saya tercari-cari laluan yang wajar diselusuri..sampai putus asa sangat2..kini Alhamdulillah jalan di hadapan terbentang untuk diterokai..bila saya imbas balik masa-masa lalu..saya sendiri xsanggup nak lalui kembali..terlalu banyak tekanan, cakap2 sekeliling..ditindas..namun satu yang masih tak berubah..di saat saya sedih, putus asa,..keluarga dan sahabat2 tanpa jemu meniup semangat..bersama dalam jatuh bangun saya..saksi atas segala kepedihan dan kegembiraan yang saya rasai..itu anugerah ALLAH yang tak akan mampu dibalas dengan apa jua..segala yang saya tempuhi sebelum ini benar-benar mendidik saya erti hidup.

Saya masih ingat lagi..pengalaman memasuki alam pekerjaan pada usia awal 22tahun sangat2 bermakna..walau tu hanya kerja sementara. Bersama syarikat besar itu saya belajar kerenah manusia yang banyak ragamnya..tekanan je saya rasa..tapi saya sangat rindukan hubungan baik yang dipupuk sepanjang berada di sana..pengalaman dimarah walau bukan salah kita, pengalaman berkomunikasi dengan rakan negara luar, pengalaman menyelesaikan kes yang bukan sebarang..tanggungjawab sangat besar..imej negara ada pada kita..
Suatu lagi pengalaman yang sangat saya syukuri..insan-insan yang saya kenali sepanjang berada di sana..terutama teman2 serumah yang saya terhutang budi mereka sampai bila2, rakan2 satu jabatan yang tak jemu memberi tunjuk ajar..

Tapi kini..semuanya tinggal kenangan, dengan melangkah ke alam baru yang diimpikan sejak dulu iaitu menjadi seseorang yang digelar 'GURU' saya harap saya mampu bangkit kembali merentas ujian baru.

Yang paling bernilai..ada satu perkara yang saya telah pelajari sepanjang hidup ini..walau seteruk mana kita diuji..jangan sesekali kita mengeluh..kerana ujian itu hakikatnya satu anugerah..ALLAH hanya memberati ujianNYA kepada kita kerana DIA sayang pada kita..ALLAH ingin melihat kita menjadi hambaNYA yang terbaik..oleh itu seharusnya kita sentiasa memanjat kesyukuran kepada DIA. =)

Coretan : 18-06-2011

Thursday, October 08, 2009

Transformasi Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

hmm lama jugak tak jenguk2 sini..blog ni dah jadi tempat untuk diri ni meluah rasa..sejak akhir2 ni banyak hal yang terjadi dalam hidup saya..penuh rencah yang menjadikan diri ni lebih menghargai hidup dan insan2 disekeliling..Alhamdullilah..syukur kehadratNYA krn mengurniakan hati yg cekal walau ditemani dugaan yg pelbagai..hanya DIA yg memahami dn Maha Mengetahui isi hati dn gelodak rasa yg saya alami..dan terima kasih tidak terhingga pada teman yang sentiasa menyuntik rasa..

Airmata dah jadi begitu murah..senang tumpah..walhal sebelum ni amat payah..Kadang2 bila direnung balik liku2 hidup yang telah ditempuhi sepanjang hampir 21 tahun bernafas di bumi ALLAH ini..sebak segera bertamu..betapa peritnya tekanan yang pernah ditanggung selama ni..rasanya tak perlu untuk saya melebarkan satu persatu dugaan yang pernah singgah..tak pernah sesekali menyalahkan takdir ILLAHI..InsyaALLAH..hikmahNYA tersembunyi dalam setiap takdir yang tertulis..hati kita kena selalu yakin bahawa ALLAH itu Maha Penyayang..:)

hmm..sekarang masa depan saya masih kabur..namun takkan putus untuk berdoa semoga esok hari lebih bersinar dan menyuluh harapan yang baru..saya juga doakan anda semua tabah dalam melayari hidup..kerana kadang2 kita tak sedar..masalah yang hadir sebenarnya membuka ruang baru untuk kita menyayangi serta mengenali siapa diri kita sebenarnya..itu yang saya pelajari..adakalanya kita terlupa dan lantang mengkritik kelemahan orang lain sedangkan diri kita bukanlah sempurna untuk dibanggakan..dalam setiap gerak laku, kita sentiasa ditemani oleh ALLAH yang Maha Esa..malah DIA mungkin berada lebih dekat daripada urat leher kita..saya bukannya ingin berceramah kat cni hehe..namun sekadar saling memperingati tanda menyayangi..kan kita semua bersaudara:) emm..harapnya belum terlambat untuk kita berubah..melakukan suatu transformasi dalam kehidupan..bukan untuk sesiapa tapi demi diri kita..kerana Yang Maha Kuasa..(^_^)

Ada masanya kita tersenyum di atas...
Ada tikanya kita tersadung di bawah...
Itulah lumrah hidup yang terbatas...
Walau getir ujian diriba, ingati ALLAH hati kian tabah..


Merangkak-rangkak untuk berubah..lebih bermakna daripada terus kencang berlari.. namun rebah dipenghujungnya..kerana tidak tabah untuk berubah:)

Sunday, April 19, 2009

...Tika terasa...

Tika Terasa

Ada tika..rasa berkobar teruja meneguh diri..
Ada tika.. rasa ingin mengalah turut mengasak sanubari..
Namun bilakah tikanya semangat sudi merajai hati..?
untuk berjuang menebus kekhilafan kembali..
Duhai Yang Maha kudus..hanya padaMU kami memohon..
pinjamkan kami secebis kudrat..
demi melaksanakan sebuah amanat..

Tika dan rasa bertaut..
Syazwani Azmuddin
14 April 2009
10.53 pm

p/s...thanks 'fren' for the nice title given by you :)

Thursday, March 12, 2009

Rasa yang berkecamuk

Assalamualaikum..

Lama jugak saya tak singgah melabuh kata di sini..padahal jika berkempatan "online"
selalu saya menjenguk2..namun keingginan untuk menulis belum timbul..mungkin kerna macam2 rasa yang sedang berkecamuk dalam diri saya sekarang..jika dalam ramai,pada luaran, sukar terzahir sepenuhnya rasa itu..namun kala sendirian, pasti terzahir pada coretan dan bisikan pada Yang Maha Mendengar..

Pening betul kepala ni fikir pasal projek tahun akhir atau PTA..or in my own word that suddenly appear now..Pening Tak tau Ape..hehe..walaupun saya nmpk je macam relax..tapi dalam hati bagai nak pecah sebab tanggung rasa ni..apa kaitan dengan hati plak ni?..yela..secara rasionalnya, apabila kepala dh pening..dah runsing..rasa tu bagai menekan2 plk kat hati, jantung, limpa..buah pinggang..ha semua la yang sewaktu dengannya..
tapi saya sedar dan sangat sedar..tak perlu ada insan lain yg prihatin dgn meluah kata yang menguris untuk menyedarkan saya..huhu wlupun pernah trjadi begitu..semua berpunca dr sy sendiri..mgkn krn kekhilafan diri mentafsir, mgkn jg because of all my responsibilitiesssssss..really difficult to describe my situation now..dan mgkn jga krn sikap sy sendiri..look..sy sendiri pun tak tau apa reason sbnrnya..semua sy rasa mungkin..tapi mungkin itu dah menjadi suatu kemungkinan skrng..reason yng plh kukuh ialah..sikap saya sendiri..sentiasa memuhasah namun sukar untuk saya berubah..teringat sy pd satu firman ALLAH s.w.t yg lbh krg berbunyi.."ALLAH tidak akan merubah hidup seseorang itu melainkan dirinya sendiri yng berusaha merubahnya.."waallahualam..jika ayat saya silap..sila betulkan ye..:)..moga2 kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan dilorongkan jalan oleh Yang Maha Pengasih untuk setiap keluar dri setiap permasalahan....sahabat2 sentiasa dalam doa sy..

Emm..banyak lagi ingin sy coretkan..namun perut sy yg dh mula berdondang sayang..bertepuk berkompang ni membantutkan hasrat sy..pkul 2.30 nnt sy ada kelas..so, need time to makan2 and rest..tkut tersengguk2, angguk2 geleng2 dalam kelas..klu menganguk krna faham nasib baik..tp klu mengangguk krn mata dh bagai terjahit..alamak tu mmg nasib yg tak baik..hehe..

Ok..insyaALLAH nnt kita bersua di lain coretan k..hehe tiba2 je sy rasa lega dan rasa yang berkecamuk td bagai menyorok seketika selepas sy menulis di sini..sy berterima kasih pd kata dn saranan Ybhg Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, kalau anda ingin menjadi orang yang ceria..salah satunya ialah dengan melakukan perkara yang anda sukai..inilah yng sy lakukan skrg.:)

P/s..untuk anda..
Keluarga tersayang sentiasa kejap di hati..sahabat utuh di lipatan sanubari..musuh usah dicari..biarlah dia berlalu sendiri..wassalam (^_^)

lots of smiles..
syazwani

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Hugs Comments

Thursday, February 19, 2009

Hikmah

hmm..rajin plk mlm ni..ada je rasa nk post lg..tp sy just nk berkongsi coretan2 yg sy saja2 gatal tulis time sy bosan or time perasaan tertekan..tapi trlebih dulu sy mintk maaf byk2..ni skadar coretan je..klu mgkn ad slh dari segi tatabahasa or hukum hakam berbahasa..hrp dimaafkan:)

Rantaian Kehidupan

Dalam meniti kehidupan insani….
dugaan melingkari putaran hidup….
semuanya bakal diuji dan teruji…
ketaqwaan padaNya dahan berpaut….
ramai yang terleka,..
ramai jua masih terbuai,….
mendominankan duniawi melebihi ukhrawi..
sedangkan telah banyak peringatan dariNya…..
namun kita biarkan ia berlalu….
menyusuri akar masa…

Apabila mata hampir terkatup…
jasad kian hilang upaya….
tika itu..rakaman kehidupan kembali menerjah….
hidup lalu..yang dibasahi keringat dosa….
untuk mengundurkan masa,..
tiada guna difikir lagi,…
akhirnya kesal menemani lena yang lama..
menanti sedar di dimensi baru,..
apa yang pasti ,,,..
yang pergi tetap pergi…
yang hidup perlu terus hidup…
untuk kembali memuhasabah diri
dalam sepicing waktu yang ada..
mempersiapkan bekalan menempuh
episod esok hari …

-secebis rasa hati..Disember 2004
# sajak ni dh lama tersimpan..(bleh dikategorikan sajak ke ni???)
terlakar krna rasa yg tercetus tiba-tiba selepas tragedi Tsunami yg turut menghempas pantai Malaysia..penutup tirai 2004..

Tulus kata..bersimpang dirasa..

Bertatih menerokai arus yang tak berkesudahan
Mengintai-ngintai rekahan natijah hidup ini..
Seringkali diri tersungkur pada takdirMU Ya Rabbi..
Terngadah pada kekhilafan sendiri...
Kerdilnya kurasa tatkala berhadapan qada’ dan qadarMU Ya Rahman..

Hati utuh menampung rasa yang menghentak..
Membentengi mutiara jernih dari bergenang dipelupuk
Namun masih tegarkah hati?..tatkala jiwa tersendu-sendu..
Hati..biarkan jernihnya mutiara itu mengalir..
ia membawa lara lepas jauh enggan dicari..

Tidak sekali-kali menyalahkan takdir Mu Ya Rabbul Izzati...
Redha pada sebuah ketetapan..
Gusar tidak mungkin berpanjangan kerna sedar..
mentari masih setia tersenyum selepas hujan berguguran..
Sujudku hanya padaMU Yang Maha Kudus
Setelus kasihku jua milikMU Yang Maha Esa
Setulus bicaraku Yang Maha Bijaksana jua mengerti..
Hanya DIA Yang Maha Mengetahui rahsia dihati nyata perkongsian yang abadi..

-Kanvas luahan..
Syazwani Azmuddin
18 Februari 2009

Ada bicara..namun..mana titip butirnya ?
Tercetus keluhan..namun..panjangkah helaannya?
Denyutan terasa..namun..mana nadinya untuk ku rasa.?.
Terdengar halus esakan..namun..mata mana yang tegar menitiskannya?
Tersurat sudah sebuah keluhan..namun..tersirat lagikah sebuah kiasan?


p/s:
Mungkin ia kelihatan omongan jiwang..namun ia hanya untaian rasa yg terawang-awang..
Sekadar sebuah nukilan..tidak salah menjadi tatapan..
andai ia dikutip menjadi renungan.. jangan singkir dengan pengabaian..
namun utuhkan dalam pintasan kenangan…

Wednesday, February 18, 2009

Memori..=)

Assalamualaikum..

bergerak-gerak lagi jari -jari saya disini..mencatat segala yang terlintas di hati..
hidup saya biasa2 sahaja..tiada yang luarbiasa..setiap hari rutinnya lebih kurang sama je..attend kuliah..pegi discussion..buat assignment yang berlambak2 bak kain bertimbun yang belum2 lagi dilipat..hehe..tapi tu bukan tabiat saya la membiarkan kain xberlipat..bukan juga tabiat anda..mungkin tabiat orang lain yang kita xkenalkan..hehe..(^_*)

Kita lupakan pasal kain tu ye..sekadar selingan buat anda tersenyum..
sekarang ni bln Februari ..sering dikaitkan dgn bln yang terisi dgn hari berkasih sayang..valentine's day kn?..tapi bagi yang beragama Islam..anda tentu sdar yg kita diharamkan menyambutnya rite?natijah dan alasannya?..tepuk dada tanya iman..anda tau, saya tau..

15 Februari 2007 meninggalkn suatu kenangan pd saya..tarikh yg sukar saya luputkn dari ingatan..walhal ia dh 2thn berlalu..kisahnya pn sy dah xmau singkap lg..,manis ada..perit,pedih pn ada.. namun penuh pengajaran..tarikh yg merubah prinsip hidup sy tika itu..sy bljr erti kasih..tp meniti kasih yg xberkesudahan..30 Mac pengakhiranny..jika tringat kembali..senyum sendiri..hehe..takpe la..budak2 lagi time tu..tak rasa menyesal..tp sesal krn jalinan persahabatan enggan bertaut sprti dulu..tp pd sy persahabatn itu tetap ada..tak pernah sy singkirkn..setia dalam ikatan persahabatan..itulah diri sy sebenarnya..skali berkawan..slmnya sy akn kenang anda sbg sahabat sy..wlu kdg2 kala ada luka..itu cma lumrah dlm ukhwah..

skrg sy bkn lagi sy pada 2 tahun yg lalu..itu yg pntg..:)

Tuesday, February 10, 2009

senyum..1.2.3 :)

Assalamualaikum..

smoga diri kita sume sihat sentiasa..sihat luaran juga dalaman..
sy alhamdullillah sihat..tapi dlm ni ha mcm xsihat je..mcm2 benda yg sy fikir..keserabutan melangkaui kemampuan untuk brtenang..fikir2 punya fikir pun keje xsiap2 jugak..rasa xcukup masa..sedangkan sbnarnya dlm sedar tak sedar byk masa yg dibazirkan..teringat plk 1 msj..dr sorg kwan baik sy..yg lbh krg mcm ni.."kita hidup sebab nyawa, tetapi mati sebab masa"...hmm ada logik jgk kan..

Hrap2 lepas ni sy ok n semua keje xterabai..chaiyok2 wani!!..bkn setakat menyusahkn diri sndiri..rakan2 pn trkena tempias jgk..btul dok najmi? hehe..sokmo2 klu dh agk2 mcm nk demam n stress tu..sy msti melepak2kn diri kat bilik 2 org yg ngam ni ha..najmi n ah..(wah mention nm korg kat cni..he2) hlg jap stress sbb brckp xhenti2 ngn diorg..diorg xbyk ckp pun..tapi saya ni ha yg akn brcerita pnjg..sure lupa skit mslh lps tu..hmm suatu terapi stress yg baik..xyah g menabur duit kt spa pun kn..just find someone or friends to listen 2u..x mngharapkn solution, just sekadar org utk mndgar luahan hati..tp kta jg msti la sntiasa setia dn sudi mndengar luahan hati mrka..baru adil kn..by d way, thanks a lot frens.:)

sy ada ramai kawan (ye ker wani??)..ye kot..tapi syukur dlm rmai2 tu , ada sorg kwn yg sy rasa sgt selesa knl dia..shbat yg lain2 sy juga sgt selesa, nmun dia lain skit, mgkn sbb brlainan jantina..maknanya dia lelaki la kn..sy ada jgk kwn lelaki yg lain,.tp xrpat spt sy knl dia..dia kwn yg sudi "meminjamkn bahu" dan brkngsi ceria srta duka di saat diri ni xteguh brdiri..hubungan brlandaskan prsahabatan..tak lebih dari tu k..n tak prnh melangkaui batas..dia jauh nmun msih dkat dlm nilai sorg kwn..sy tulis ni tnpa trlintas niat ape2 pun..

hmm..skadar prkngsian idea dcni, sy prnh trbaca dlm satu artikel, istilah "sahabat" sbnrnya x wujud or x bgtu sesuai dgunakn untk mgambarkn hbgn kawan antara bkn muhrim or brlainan jantina..hny definisi "kawan" yg sesuai di gna pakai..sebabnya..sy lupa la plk he2, sy pun kdg2 still mgunakn istilah tu..nnt klu sy dpt blik artikel tu sy review kt cni lg k..tapi xjanji he2..

selain laman yg x sberapa ni..kta bleh brsua di laman friendster..ye la kan..org lain ada frenster..sy pn sibuk2 jgk nk ada 1.. just klik cni Syazwani Azmuddin..ok ckup2 la sy mengarut2 pnjg2 hrni..assalamualaikum

p/s : hiasi la hidup anda dgn senyuman ceria walau diri sering dirundung duka..semoga senyuman tu mnghalang duka dari sudi menjengah lagi..(^_~) .. syazwani..

Monday, February 09, 2009

Assalamualaikum...

hehe..ni first time mencoret -coret hal2 yang mengarut kat cni..
sebenarnya dah lama pendam hasrat nak menulis di blog ..tapi hari ni baru betul2 digerakkan hati n jari nak create blog sendiri..selalunya merayau2 jari ni mengetip blog2 orang lain..

Nak bahasakan diri ape ye?..aku ke saya ?kenapa ni yg jadi persoalan..
sebabnya...in my opinion la..pengenalan diri kita la yang membezakan siapa kita..ada yang suka membahasakan diri aku dengan alasan kita rasa lebih rapat..apabila menggunakan saya..terasa lebih menghormati dan dihormati..namun jurang terasa wujud di situ..kawan2 tepuk dada tanya selera..

apa la yang wani bebelkan ni..ok, dah decide dah..''saya" ye..hehe.. bkn nak diri dihormati..krn sya bkn siapa2 yg harus dihormati..tapi saya ingin menghormati anda semua..
selamat berkenalan..sudi2 la menjenguk..insyaALLAH klu ada masa kita berkongsi ape saja di sini ok..salam (^_~)
lots of smiles:),
syazwani