Saturday, July 06, 2013

Aduhai potluck ~~~ cooking + experimenting..

Bismillahirahmanirrahim..

^_^

Mood nak mencuba-cuba resepi sedang 'on' ..hehe tak tau la angin apa sedang melanda diri sekarang, akhir-akhir ni  jari - jari ni rajin sangat membelek-belek buku resepi ( 1 Hari 1 Resepi _365 resepi Istimewa Chef Hanieliza)...tapi yang pastinya baru berapa je resepi aku try heheh..tu pun tak semua ikut resepi, cuma nak pastikan bahan- bahan je..yang lain versi campak-campak dan hentam je hohoho ^^V 

Sekarang ni pulak mood nak cuba-cuba buat desserts pulak..and my favourite one is pudding ^_^

Nak dijadikan cerita alkisahnya bermula begini~~~ kakak2 dan abang2 kat sekolah tempat aku mengajar tu suka buat makan-makan..ala-ala potluck tu..lagipun kami semua ni golongan minoriti kat sekolah tu, lebih kurang 15 orang je yang sama agama dan bangsa dengan aku..( Cikgu + Ustaz = 7 orang, Kakak + Abang kat ofis = 8 orang) tu pun kami tak selalu jumpa..sebab semua duk lain-lain bangunan. Sebagai golongan minoriti, bab nak makan tu susah sikit..sebab kantin sekolah tak menjual makanan yang betul-betul kami yakin halal (erk..aku tak pernah nampak la makcik kantin jual 'benda tu'...tapi kalau was-was tu ada..baik jangan makan betul tak? ). Kena rajin sikit la bawak bekal sendiri..tapi selalunya aku makan biskut atau roti je..sekali-sekala ada jugak orang2 ofis tolong belikan makanan..aduhai nak masak sendiri tak sempat..6.30 pagi aku dah gerak nak pergi sekolah ..(huhuhu..Ma aku cakap ni alasan orang malas.~"kenapa tak masak siap2 malam tu..pagi panaskan je la"~ ) sigh..

Opss panjang pulak mukaddimah cerita hehe..kakak2 dan abang2 aku kat sekolah tu selalu la plan buat makan-makan..siap ada job list lagi..maksudnya..setiap orang dari kami (yang 15 orang ni..ada tugas dah nak kena bawak makanan apa.) masa mula-mula aku mengajar dulu..tugas aku bawak buah-buahan je..hehe sebab masa tu aku baru pindah rumah, mana ada apa2 pun...pastu aku kena buat rendang, aduh aku  mana pernah buat..(padan muka tak pernah belajar ngan Ma..adik aku pun tau buat !)..kemudian aku mintak tukar hehe..aku bawak biskut raya, kebetulan tu jamuan untuk hari raya jugak..dan yang paling tak boleh diterima dek akal, ada sekali tu..diorang mintak aku buat solok lada ! (lada hijau yang berintikan isi ikan dan kelapa tu.. ) sebab 'tema potluck' time tu masakan kampung ala-ala pantai timur gitu..aduh satu masalah lagi!~ ni Ma aku pun tak pernah buat.~~~ 

Jadi aku merayu-rayu  la minta tukar, akhirnya abang ofis aku yang baik hati dan sangat pandai masak tu cakap, "tukar ngan Abg Zani je la..Wani buat ikan celup tepung" fuhhhh legaaaa aku...aku pun buat la ikan celup tepung tu..dan rajin-rajin pulak pergi buat ayam goreng kunyit potong comel kecil- kecil sekali...dan...yang paling tak tahan, ayam tu termasin la pulak..hahaha tak habis-habis lepas tu diorang duk usik aku, kalau masakan tu termasin..orang tua-tua cakap tak lama lagi dah nak kawin ~ Uh..teori apa la tu! pastinya tak la..:(

Hari Isnin ni nak buat makan -makan lagi..sempena dah hampir bulan puasa kan..Erk..aku ni orang yang paling risau kalau kakak2 dan abang2 aku dah buka mulut cakap nak buat makan-makan!..memang aku biasa masak..tapi untuk makan sendiri dan famili ja..tu pun tau masak yang simple-simple..tapi kalau untuk orang luar..tak berani..selera kita kan tak sama. Jadi, kali ni aku awal-awal lagi cakap tolong la jangan bagi aku yang susah-susah hehe..then, at the end..after discussed, I decided to try make some puddings.. : )

Panjang- panjang cerita..sebenarnya pointnya..cuma nak bagitahu yang aku nak cuba buat puding je hohoho :P
hmm dalam kepala sekarang ni tengah berkira-kira nak buat puding jagung dan puding milo lapis oreo..bahan-bahan dah ada, cuma oreo je belum beli..aduh tak tau jadi ke tak ni...kita "try an error'' la dulu heheh..go Wani ! go ! hehe *_^


~ a stress therapy~  
credit to : Google images

1 comment: