Wednesday, September 21, 2011

:Seorang Dia:

Kepingin seorang dia
mengajar tulis baca
walau di ceruk desa
walau di hati bandaraya.
Kepingin seorang dia
mengajak minda muda mencerna
mengira, mentafsir, merungkai kata
apa sahaja terbentang pada tulis, pada lisan, pada nyata.
Kepingin seorang dia
membantu tunai hasrat cita-cita
seorang anak kecil di pinggir bukit sana
berminda terbuka, tipis wang sayangnya.
Kepingin seorang dia
membanting tulang demi ayah bonda
memperkasa jiwa tidak kira bangsa
berkongsi ilmu tanpa dipinta
berbuat apa sahaja demi Yang Maha Kuasa.

WanNursyazwani Wan Mohd Azmuddin
Tuaran , 14-09-11@3.25pm

Saturday, June 18, 2011

Merentas episod baru,,mensyukuri kehidupan. =)

Bismilllahirahmanirahim...

Tak sangka dah lama ye blog ni tak dikemaskini kan..last 'post' tahun 2009, huhu lama tu dah setahun brlalu..dan sepanjang tahun 2010, banyak perkara telah berlaku..yang telah mengubah seseorang yang bernama Syazwani ini..hehe ^_V

Setelah sekian lama akhirnya menjenguk kembali saya di sini..kekangan masa dan keadaan menjadikan rutin dahulu lama saya tinggal huhu..emm sedar tak sedar sudah banyak perubahan terlukis dalam kanvas hidup saya..banyak hal yang saya tak pernah rancang terjadi..dulu saya tercari-cari laluan yang wajar diselusuri..sampai putus asa sangat2..kini Alhamdulillah jalan di hadapan terbentang untuk diterokai..bila saya imbas balik masa-masa lalu..saya sendiri xsanggup nak lalui kembali..terlalu banyak tekanan, cakap2 sekeliling..ditindas..namun satu yang masih tak berubah..di saat saya sedih, putus asa,..keluarga dan sahabat2 tanpa jemu meniup semangat..bersama dalam jatuh bangun saya..saksi atas segala kepedihan dan kegembiraan yang saya rasai..itu anugerah ALLAH yang tak akan mampu dibalas dengan apa jua..segala yang saya tempuhi sebelum ini benar-benar mendidik saya erti hidup.

Saya masih ingat lagi..pengalaman memasuki alam pekerjaan pada usia awal 22tahun sangat2 bermakna..walau tu hanya kerja sementara. Bersama syarikat besar itu saya belajar kerenah manusia yang banyak ragamnya..tekanan je saya rasa..tapi saya sangat rindukan hubungan baik yang dipupuk sepanjang berada di sana..pengalaman dimarah walau bukan salah kita, pengalaman berkomunikasi dengan rakan negara luar, pengalaman menyelesaikan kes yang bukan sebarang..tanggungjawab sangat besar..imej negara ada pada kita..
Suatu lagi pengalaman yang sangat saya syukuri..insan-insan yang saya kenali sepanjang berada di sana..terutama teman2 serumah yang saya terhutang budi mereka sampai bila2, rakan2 satu jabatan yang tak jemu memberi tunjuk ajar..

Tapi kini..semuanya tinggal kenangan, dengan melangkah ke alam baru yang diimpikan sejak dulu iaitu menjadi seseorang yang digelar 'GURU' saya harap saya mampu bangkit kembali merentas ujian baru.

Yang paling bernilai..ada satu perkara yang saya telah pelajari sepanjang hidup ini..walau seteruk mana kita diuji..jangan sesekali kita mengeluh..kerana ujian itu hakikatnya satu anugerah..ALLAH hanya memberati ujianNYA kepada kita kerana DIA sayang pada kita..ALLAH ingin melihat kita menjadi hambaNYA yang terbaik..oleh itu seharusnya kita sentiasa memanjat kesyukuran kepada DIA. =)

Coretan : 18-06-2011