Saturday, May 18, 2013

Rapuh dalam takdirNYA..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kembali lagi aku ke sini : ) sebelum ni kerap berjalan - jalan di blog orang lain..mencari 'sesuatu' untuk direnungi..bukan tak ingin meninggalkan jejak di laman sendiri, tapi dalam banyak kisah yang berlaku, aku lebih selesa 'menulis' tetapi  tidak mempamerkannya di sini..

Pada saat ini aku hanya ingin meninggalkan jejak persahabatan aku di sini..menyimpan segala kenangan yang pernah bertamu..Setelah sekian lama aku bersahabat dengan 'dia'..usia persahabatan yang hampir 9 tahun turut 'dewasa' bersama-sama kami..akhirnya tersimpul setakat ini..ikatan itu tidak mungkin terlerai..tapi tidak mungkin 'tegang' kembali..biarlah ia renggang dan tersimpul di sini..aku bersahabat dengan dia kerana ALLAH..dan aku memilih keputusan ini juga kerana ALLAH..kerana aku takut aku akan tersasar lebih jauh..

Sangat perit..pedih..hanya itu kata-kata yang dapat menggambarkan rasa hati ini...terlalu sedih kerana terpaksa membuat keputusan ini..tidak pernah terlintas di hati kecil ku yang aku akan memilih jalan ini..benar kata seorang penulis, ''tiada istilah sahabat baik bagi seorang lelaki dan perempuan..kerana pastinya akan wujud perasaan lain''....benar..dan kerana 'perasaan' itu juga lah persahabatan kami terkubur..

Setelah aku berfikir dan merenung kembali setiap yang berlaku..sebenarnya tiada istilah siapa yang bersalah..masalah mula timbul bila emosi dan perasaanku melangkau akalku dalam menilai..walau berat untuk dia terima keputusan ini..aku hanya mampu mendoakan yang terbaik..Walaupun aku sangat merasai kehilangan ini..kerana dia lah sahabat ku yang paling baik..dan sentiasa ada tika suka dan dukaku..hidup aku selepas ini mungkin 'kosong'..namun InshaALLAH aku akan cuba lalui takdir ini..

                                                ''the beginning is always be the hardest part"

     "ALLAH tidak akan membebani hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu dipikul hambaNYA"  :)

Yang berlalu biarkan berlalu..aku hanya berharap ALLAH pinjamkan aku kekuatan dalam aku melalui takdirNYA..terasa berat ujian ini..namun aku redha kerana  ia mungkin kifarah di atas segala dosa-dosaku..ALLAH ingin aku lebih dekat denganNYA..walau di luar aku mampu tersenyum dan ketawa..tapi hakikatnya aku sangat rapuh..rapuh segala-galanya..hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menyayangi...semoga aku ditetapkan iman..

..in memoir..
...cukuplah hanya ALLAH bagi diriku...syukur dan bersangka baiklah dengan ujianNYA

Monday, October 22, 2012

Sukan dan Kita ~

Bismillahirahmanirrahim..

Setelah lama tak menulis di ruang blog yang dah lama berhabuk ni..hari ni tergerak tangan nak menulis.. Rata-rata kini semua orang pun duk berceloteh pasal sukan..baik di radio,di muka tv, dada-dada akhbar, majalah, laman-laman sosial seperti  blog, pencicip (twitter^^V) dan muka buku a.k.a facebook =)..pagi tadi tengok MHI pun cerita pasal sukan, dengar HOTfm pun topik pagi adalah pasal sukan, pendek kata di mana-mana la..semua orang pun duk cerita pasal sukan..dek kepanasan berita kecemerlangan atlit atau pemain kita di pentas antarabangsa atau pun tempatan.Jadi hari ni saya pun nak kongsi la pasal sukan..lebih-lebih lagi hari ni tak mengajar, sekolah saya cuti peristiwa sempena hari sukan semalam..hahaha sukan lagi. Masa zaman kanak-kanak ribena a.k.a zaman sekolah dulu, saya memang bukan orang yang kaki sukan, serius memang tak pandai apa pun..kononnya dulu rasa kerdil dengan saiz badan ku yang sememangya kerdil ni, rasa tak layak untuk semua sukan,saya tau masuk acara larian ja..sampai masuk IPG dan dah mengajar ni pun tetap kena masuk acara larian..secara paksa atau rela :P..kalau pun tak menang, tapi at least dapat la jugak menyumbang satu dua mata untuk rumah sukan..erk ayat cover line menutup kekalahan hehe^^v.

Minggu ni dah tentu sekali cerita yang menjadi topik perbualan kebanyakan orang adalah perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di antara pasukan Kelate dan ATM yang berkesudahan piala tu di bawa pulang ke tanah air ku Kelate, dengan kejuaraan 3-2 :) walaupun saya sekadar menonton seorang diri di rumah, kehangatan perlawanan tetap terasa..mungkin ini the best final yang pernah saya tengok kot. tapi sekadar tengok kat tv je la. Kedua-dua pasukan memang give their best performances, ibarat buku bertemu ruas la..thumbs up to them V_V. Menang dan kalah kan memang dah rencah pertandingan..kalau semua nak menang macam mana tu..nak kena potong dua ke piala tu?? :D

Selain sukan bola sepak, tentu sekali berita yang hangat kini adalah kemenangan tempat ke-2 penunggang Negara, Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan Moto3 dan Hafizh Syahrin,tempat ke-4 dalam acara Moto2..secara jujurnya saya tak begitu mengikuti perkembangan sukan ini..sekadar pernah tengok kat tv tapi tak tau apa-apa pun !_! namun pastinya kejayaan mereka dalam Kejuaraan GP Motosikal Malaysia ini wajar dibanggakan..apatah lagi Zulfahmi adalah penunggang pertama Negara kita yang berjaya menjejaki podium kejuaraan..tahniah! =) jadi pada mat-mat rempit kat luar sana, baiklah pergi litar Sepang atau mana-mana litar, "training" habis -habisan untuk masuk MotoGP ni, daripada merempit tak tentu hala, habiskan minyak motor dan duit ja..tapi tak dapat apa-apa..kalau masuk MotoGP, mungkin dapat juga medal untuk gantung kat dinding rumah korang..ya tak? ~_v

Sekadar menyebut beberapa lagi kemenangan dalam arena sukan, tentu sekali salah satunya adalah kemenangan Datuk Lee Chong Wei (LCW) dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark awal pagi tadi (22/10). Berdasarkan sumber yang saya baca, kali terakhir Datuk LCW menang dalam kejohanan yang sama adalah pada tahun 2005 dan tahun lepas dapat second place. Kemenangan ni diharap dapat la menebus kekecewaan Datuk LCW dalam merebut gelaran juara sukan Olimpik yang lepas tu dan tentu sekali ini adalah hadiah perkahwinan yang berharga buat LCW. Tahniah dan selamat pengantin baru LCW !! (errk..macam la LCW baca blog ni :P) Tak lupa juga kejayaan skuad bola sepak Negara bawah-21 tahun, dengarnya memperoleh tahkta juara dalam VFF Newspaper Cup di Vietnam.tahniah dan tahniah lagi =) Fuh banyaknya rezeki arena sukan tahun ni..banyak lagi nak cerita tapi rasa macam dah jadi editor ruang sukan kat surat khabar la pulak..hahaha perasan jap =P

Walau apa pun..seperti yang saya perkatakan tadi..menang kalah rencah pertandingan, yang penting semangat kesukanan dan berjuang tu mesti ada..sama dalam hidup kita juga, walau pun kita bukan atlit yang berpeluang mengharumkan nama Negara, kita patut pinjam sedikit semangat atlit -atlit atau pemain -pemain ni..dalam kita berusaha mencari dan melakukan yang terbaik dalam hidup..baik dari segi ibadah, peribadi  mahu pun kerjaya..sebab kejayaan tak datang bergolek macam bola sepak tu. Nak tak nak kena cekal berusaha, tak dapat harumkan nama Negara, dapat harumkan rumah sendiri dengan kebaikan pun jadi la hehe ^^.

(credit image to Mr Google)


                       A part from that, berbalik pada hal sukan tadi, harap semua atlit dalam acara sukan apa sekalipun tidak melupakan sokongan para penyokong yang turut setia di belakang mereka =) sokongan padu yang kelihatan paling ketara sekali tentunya dalam sukan bola sepak.. contohnya kelab penyokong The Red Warrior (TRW), penyokong setia pasukan Kelate..opps maaf saya terpaksa  'menginterframekan' negeri sendiri sekali lagi ^^.
Setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Kelate, TRW tegar membentuk lautan di stadium..sokongan tak berbelah bahagi ini sekaligus membuktikan tanpa penyokong..siapa la atlit atau pemain kita. Ibarat tanpa tiang roboh la bangunan..tanpa tulang longlai la badan..betul ke? eh dah macam Karam Singh Walia la pulak^^ okeh, sekian dahulu untuk kali ini..tak tau bila lagi la datang kerajinan nak menulis kembali..till then, Wassalam.

Wednesday, September 21, 2011

:Seorang Dia:

Kepingin seorang dia
mengajar tulis baca
walau di ceruk desa
walau di hati bandaraya.
Kepingin seorang dia
mengajak minda muda mencerna
mengira, mentafsir, merungkai kata
apa sahaja terbentang pada tulis, pada lisan, pada nyata.
Kepingin seorang dia
membantu tunai hasrat cita-cita
seorang anak kecil di pinggir bukit sana
berminda terbuka, tipis wang sayangnya.
Kepingin seorang dia
membanting tulang demi ayah bonda
memperkasa jiwa tidak kira bangsa
berkongsi ilmu tanpa dipinta
berbuat apa sahaja demi Yang Maha Kuasa.

WanNursyazwani Wan Mohd Azmuddin
Tuaran , 14-09-11@3.25pm